Monday, June 9, 2014

RubberPaint

Ape projek terbaru bro?
Tanya member ...huhu
Maklum la brg bru org nk kenal ...so pelan2 la merangkak promote kat org la ... so sbnrnya byk projek keta yg dh di buat

Sunday, March 24, 2013

Rubberpaint ?

Apa itu RUBBERPAINT ?
nk tahu masuk ke link ini https://m.facebook.com/remysautoworks

Saturday, January 29, 2011

ank buah aku daaaa....

budak ni mmg lawak la sekali dia bleh buat tag line sendiri berdekah aku gelak aritu ...

Monday, January 17, 2011

10 amalan terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

teknik mancing udang galah....

teknik ni pon sy duk tya otai jer hehehe serta di tambahkan serba sedikit ilmu apa yg ada sepanjang pengalaman duk mancing udang nie...k..
teknik ni pon saya byk belajar kat sg.kg dew ni jer slama ini ...k harap2 otai2 mana yg baca tu klu salah ker klau nk tambah ke ape ke sila lah komen yer...


Cara Memancing
kalau memancing diatas sampan, paling selesa ialah 2 orang sudah la untuk sebuah sampan ...kira ok la x semak sgt ...bukan apa kalau sorang pon pakai dekat 5 ke 6 batang rod..... bukan apa kalu rmai sampai 3 ke 4 org...mula la duk jolok idong dgn rod .. sangkut bebelit merata tu jer .... 

dan kalau untuk yg br nk blajo mancing udang tu x payah la gatai nk pakai mcm dah pro sgt ... bior la pakai 2 udah ler ....kot kne segerombulan udang melintas mula gelabah bewak...nk karau....
Susun rod  semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.kalau dah pro x pe letak ikut suka jer mcm ni pon x per


kalau dah pro x pe kalau x jangan la ye


"Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan." petikan dari sebuah blog pemancing.....


yang penting pemancing jangan la lena plak ... atau duk makan kacang sampai layan blues plak ... udang dia bg amaran ckit2 jer ..lain la kalau yg beso.....dia henjut  x ingat ...nye ..
adat la kalau kne getah ngan udang tu yer ... br dekat jer dia lepas dan mengucapkan " selamat tinggal " hahha lagi satu kena kacau ngan ikan ... mmg geram dibuatnye.............tambah kalau naik ikan kenjin..@ temakung boring jer rasa.....


so haaaa... ini yg penting nye .. cara nak naik kan udang ...x macam naikkn ikan tau .. sbb udang mudah melepaskn diri ..cara nye dengan ..............
kalau getuan udang pertama br nk lekat di mulut dia .. jangan sentak dengan power sgt ... mudah terlepas der... mula2 angkat kail tinggi dan karau dengan lembah lembut dan terus karau ..ingat yg penting angkat tinggi dulu yer......mcm ni 


cara set pancing .....
kalau bleh x payah la pakai rod yg panjang sgt ... susah jer ..yg sederhana panjang jer cukup.. dalam 4 kaki pon cukup... penggunaan batu ladung hidup kalau air besar agak lembut pakai jer batu yg kecik dalam saiz 3 atau 4...sebab nye udang ni kalau masa dia tarik nak makan dia terasa sangkut x de nye dia nk makan dah lepas trus jer ....kalau bleh pakai batu yg panjang jgn pakai btu bulat ..bukan apa kalau pakai batu bulat nk main kat kawasan reba@lubuk kayu kayan bersepah.. x  mudah seangkut sgt ...(kalau nk sangkut tu sangkut jgk ).....mata kail ikut kesesuaian.. pengguna la .. byk skil pemancing ...sebenarnye.. 
untuk umpan mcm2 bleh guna ..sebenarnya contoh pumpun nipah, udang kecik, ikan longkang , cacing sungai yg kecik tu... tepi tebing sungai byk...mcm2 lagi silap2 roti canai pon dia rembat...huuhhu


Mencari Lubuk


Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.


Panduan


Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.


so.. pandai2 lah cr port yg sesuai ok.. br la bleh dapat yg mcm ni hehehe
contoh la mcm ni udang nyer

Friday, January 14, 2011

hari ketiga...

ehmm..........
malam ckit br nk perah ckit otak ni nk buat karangan kat cni hehehhe...
so hari nie ..ape cerita???
x dak apa nk tulis ..
oohh.. ada2 .. nk habaq mai... hari ni bapak aku dan lg pi ngail udang ngan pak yeh...lepas solat jumaat td .. sungguh laju depa ni ... kelam kabut ingat nk pi mana ...rupanya pi mancing...


nasib la ada ke  x dak...
so agak2 la apa result depa pi dua org ...agak nya la ?
hehehhehhe....nk tau !!..
kesian pon ada hahhaha... pi dua org ... balik bawak 2 ekoq hahahaha
sorang sekoq..hehhehehe...jadi lah ..rezeki gak kan... ni ha sekor jer yg besar..
seekor sahaja ranggah boleh tahan besar ...
harap2 esok cuaca elok lah ye .. moga allah murahkan rezeki kami yg nk turun esok...hahaha
nampaknya sekor x cukup untuk family kami ehm... pikir2 mcm ne nk buat ........pikir ayoi pikir..
so ... terpikir nk buat black pepper chiken chop..utuk tarik perhatian supaya yg lain x teringin nk mkn udang hehehhehe....dengan arahan ..." kakak ..cepat siap bahan nk buat kuah black pepper" hahah ayam aku yg siapkan... ari ni chef ayoi yg masak heheheh.... maka dengan bahan2 ayam+udang= black pepper......so cukup lah ari ni ... nk siap kan peralatan nk mancing sok ni repeat kat sg. kg.dew hahhaha wei dah 5 bulan dah x trun ni... ok see ya.....wassalan oppsss sebelum tu mai tgok dlu dinner kami mlm ni heheheh....

udang black pepper


Wednesday, January 12, 2011

second day................

rasa macam rezeki nk masuk arini ... mengikut firasat hati aku lah..... ehm..
plan yg dirancang harap jgan ada halangan la ..maklum la kita ni hanya bleh merancang hanya ALLAH yg menentukan ...
dalam otak ni duk pikir sabtu ni nak pi ngail udang galah ...
nk cari udang galah


nk cari udang galah




harap x hujan la 2 3 ari ni ... lama dah ni x mancing udang ..
sejak sg.kg dew ... kne racun ngan makhluk yg berperangai .....mcm #$%^.. habih suma kaki pancing udang kamunting ngeluh .... mmg ..la ..bod__ la org itu...huh................(nada x puas hati)
so harap SG.KG. DEW ...menghasilkan udang galah yg byk lgi la .......
jgan menghampakan udah la ... penah pegi dapat 3 eko jer ..hhahaha rasa penat sungguh ..nek segan bila org tya...." wei hangpa pi dapat ke aritu "...
dgn slamba jawab ..."dapat letih jer "... ok x pe jangan putus asa ...sungai tu x kan kering pya .. mesti ada bapak ranggah pya la .....mcm ni
galah biru tu pak dapat

udang masak cili....huh tergugat iman 
klau dapat byak + besaq2 kan best buat masak cabai ke ...masak lemak dgn belimbing buluh ..perghhhhhhh meleleh ayaq lioq..hehheh mcm ni...mau x bleh katup mulut tgok ni...tgok jgn x tgok

ehm... dah la kot untuk ari ini.... 
sekian 
terima kasihhhhhh...